cari jalan pulang,
tenung dalam-dalam,
jangan rumit menghala pulang.
Friday, October 26, 2012
Friday, October 19, 2012
Tuesday, October 16, 2012
gerobok rasa
Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
dan aku masih tertanya sampai bila,
berburuk sangka,
bukan,
aku menjadi manusia tegar,
tak pernah ada yang kekal,
itu aku tanam kejap-kejap dalam rongga hati.
Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
dan aku bergayut tinggi di laman mimpi,
tidak mahu jatuh ke tanah,
terjaga di alam realiti,
aku mengesat air mata,
rindu yang amat.
Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
Tuhan,
boleh aku pinjam rasa ini sampai bila-bila?
hingga hujung nyawa,
kerana aku tak mahu pulangkan rasa ini.
Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
supaya aku jadi manusia reti hargai,
sakit bila rindu,
pedih bila sayang.
terima kasih Tuhan.

Saturday, October 13, 2012
Koyak dan rabak
Koyak dan rabak suatu ruang dalam hati.
Peduli apa, tak pernah serik.
Kata orang berani cuba, berani gagal.
Cuba jaya.
Peduli apa, tak pernah serik.
Kata orang berani cuba, berani gagal.
Cuba jaya.
Friday, October 5, 2012
Dosa
Menjadi seorang yang lebih baik bukan urusan yang mudah. Kadang rasa malu dengan Tuhan menebal, hari ini minta ampun, lusa tulat dosa yang sama kita buat. Sungguh menjadi manusia yang terpuji akhlaknya adalah suatu perkara yang tinggi darjatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)