Tuesday, January 29, 2013

Asing

Berlari ke luar dunia asing.
Yang asing itu lebih tenang rasanya.
Cubalah.

Thursday, January 3, 2013

Bahagia

Bahagia itu bila majlis kahwin gah dijaja orang.

Bahagia itu bila punya harta.

Bahagia itu bila langkahmu berdua bersama.

Bahagia itu bila perut yang kosong berisi.

Bahagia itu bila aman tidurnya.

Bahagia itu bila Tuhan makbulkan segala ratapanmu.

Bahagia itu infiniti.

Nah, apa sahaja definisi bahagia. Terpulang.

Cari bahagia walau dalam apa rupa sekali pun. Tak di dunia, di alam lain. :')