Sunday, March 31, 2013

april

sedang musykil sesuatu,
sekali mata mengerdip sudah di bulan yang baru,
dan sedang masih punya rasa yang sama untuk kau,
sikit tak berganjak,
tapi, mungkin tak pernah sama apa yang kau rasa,


selamat april, cinta hati.


Friday, March 29, 2013

kata dan rasa (ii)

kerana kecewa merangkul aku,
aku rasa aku mahu menjadi manusia yang tak punya rasa lagi,
kan?
supaya hati aku yang sedia ada luka,
tak luka terus-menerus.

manusia sering melukakan aku,
atau sebenarnya,
aku yang belum kental.

kata dan rasa (i)

Tahniah wahai manusia bernama teman,
Kau dah robek kan hati aku yang rapuh serupa kaca,
Mohon setiap kali kau bertutur,
Patahnya cuba kau tembak dan panah ke hati sendiri,
Andai tembus,
Aku mahu kau rasa sakit itu serupa yang aku telan setiap kali kau menembak,
Terlajak kata, aku ingat sampai mati wahai teman.
Iya, mulut engkau, memang.
Tapi sila fikir masak ranum sebelum berkata-kata boleh?

Kalau aku mampu cilikan mulut engkau. Mungkin sudah merah darah.
Kau dan butir yang kau panahkan,
Kalau saja cantik serupa diri kau,
Bertuah la badan.
Malang, aku rasa hanya diri kau yang cantik.

Ini bukan aku dengki.
Ini aku sedang mengesat air mata dengan kata-kata engkau yang menikam dada aku.
Aku mati setiap kali engkau lemparkan kata.

Tuesday, March 19, 2013

Aksara aku untuk engkau.

Antara amarah, dendam dan kecewa.
Mohon jangan rabakkan hati yang sedia ada.

Ke mari aku payungkan perasaan kecewa kau. Esok lusa bila kita tua, ada sesuatu yang boleh kita gelakkan tentang masa bodoh ini.

Amarah, sini aku tanamkan ke bumi. Ke dasar yang paling dalam. Supaya esok-esok kita mampu tersenyum kerna seluruh rasa sudah tenggelam balik bumi.

Dendam? Benar, apa yang paling menggembirakan,bilamana manusia kejam mendapat habuannya. Hukum karma. Tapi dengar sini, kita bukan Tuhan. Lalu untuk apa membiar sebahagian hati dihuni gelap.

Antara semuanya, mohon engkau terus kuat.

Friday, March 8, 2013

kelabu

sampaikan semuanya diratah dinding biru,
padahal kelabu semuanya,
konon biar mereka tahu pelangi nya kanvas kehidupan,
apa kau cuba buktikan?
sadis.

cuba sekali keluar,
dari dinding biru yang pastinya,
depa kan tangan dan rasa sendiri,
biar rasa tenggelam dan tangan menari,
itu bebas namanya.

jangan terusan bersandiwara dalam kotak ini,
benar,
ketagihnya sehingga tidak sedar,
ketagih yang membuat kau tertagih,
untuk apa lagi menagih?

dan sekarang aku laung,
nyah kau dari sini,
nyah kau dinding biru.



Thursday, March 7, 2013

Tuesday, March 5, 2013

Against

Secretly, I'm hoping that Manchester united will lose against Real Madrid. Ahah.

Sunday, March 3, 2013

#26

The hardest part of all, is when I thought I had it all under control. Though how much I keep convincing myself, the truth, the effects are still there. That's when I realized, I'm not strong. I was pretending to be one. Pretending is good until at one moment, you've lost all your strength. No more strength to pretend.

After all, the most strong one is Allah.

Of dreams and reality

Seeing the doctors working late at night, has made me so eager to actually become a real one. Talking to the patients, comforting them and sharing happiness together. I guess, this is what I really want to do in my life despite the hectic life I'm facing right now, the rough and tough syllabus.

Besides, there's a saying what doesn't kill you only makes you stronger. I hope.

Do pray for me and my friends. Insyallah.