Masuk kali ini je, dah dua kali aku buat kerja main redah je beli tiket balik ke Malaysia. To tell the truth, eh seronok. Seronok pertama bila kau dah cuak-cuak tiket nak balik tak ada, ha mulalah menggelabah tak tentu hala. Seronok kedua bila kau korek segala isi tabung nak bayar duit tiket. Serve you right. Awal-awal kau tak nak 'book', dapat special price. Nak juga, tunggu saat-saat genting beli tiket. Masa ni lah tiket macam goreng pisang panas cakap kau, cepat je habis tak pun harga melambung naik. Kau kalau anak orang kaya tak apalah. *sebab tu nak cari anak orang kaya, eh.
Oklah berbalik kepada hal tiket. Alhamdulillah ada tiket balik, walaupun nak menangis juga tengokkan harganya, redhakan aje lah. Tahun ni, aku balik kira-kira lagi dua tiga hari nak raya, wah hebat kau, ala-ala diva pulang beraya, semua menanti. eceh. Berbaki lagi dua tiga hari tu, aku rasa marathon perkakas raya lah. Bersedialah wahai kaki dan badan.
Alhamdulillah puasa kali ini, aku dapat sesuatu yang manis. Sampai bila-bila pun tak boleh lupa. Banyak yang aku belajar, lihat, dan faham. Dan kalau diberi peluang aku mahu ke sana lagi. Selagi kudrat masih gagah, sebelum usia dimamah.
Till then, salam eid.
*masih berdoa untuk satu perkara yang belum pasti, perasaannya sumpah mengggigil. Doakan ya!
No comments:
Post a Comment