Tuesday, October 16, 2012

gerobok rasa

Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
dan aku masih tertanya sampai bila,
berburuk sangka,
bukan,
aku menjadi manusia tegar,
tak pernah ada yang kekal,
itu aku tanam kejap-kejap dalam rongga hati.

Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
dan aku bergayut tinggi di laman mimpi,
tidak mahu jatuh ke tanah,
terjaga di alam realiti,
aku mengesat air mata,
rindu yang amat.

Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
Tuhan,
boleh aku pinjam rasa ini sampai bila-bila?
hingga hujung nyawa,
kerana aku tak mahu pulangkan rasa ini.

Tuhan pinjamkan rasa yang indah buat aku,
supaya aku jadi manusia reti hargai,
sakit bila rindu,
pedih bila sayang.

terima kasih Tuhan.



1 comment: