Dua jiwa yang berbeza.
"Aku orangnya memilih, tak semua aku kawan,"
"Kenapa? Kau ala-ala dua darjat?"
"Bukan. Tak semua pun yang berkawan dengan kau mahu susah senang. Lebihnya mahu kau jatuh,"
"Kau yang angkuh sangat tak?"
"Aku memang macam ni, yang depan kau inilah. Aku memang tak pandai bercakap. Tak pandai bersosial. Ah, mungkinlah orang ingat aku sombong tak peramah serupa kau,"
"Tak apa, kau ada aku,"
Aku senyum. Memang aku punya kau. Memang jumlah kawan di laman sosial aku tak banyak mana pun. Tapi sekurangnya aku ada kau waktu susah senang. Kau seorang sudah cukup berbanding 400 yang lain.
Janji kawan dengan kau lagi kukuh lebih daripada bercinta.
No comments:
Post a Comment