Tahniah wahai manusia bernama teman,
Kau dah robek kan hati aku yang rapuh serupa kaca,
Mohon setiap kali kau bertutur,
Patahnya cuba kau tembak dan panah ke hati sendiri,
Andai tembus,
Aku mahu kau rasa sakit itu serupa yang aku telan setiap kali kau menembak,
Terlajak kata, aku ingat sampai mati wahai teman.
Iya, mulut engkau, memang.
Tapi sila fikir masak ranum sebelum berkata-kata boleh?
Kalau aku mampu cilikan mulut engkau. Mungkin sudah merah darah.
Kau dan butir yang kau panahkan,
Kalau saja cantik serupa diri kau,
Bertuah la badan.
Malang, aku rasa hanya diri kau yang cantik.
Ini bukan aku dengki.
Ini aku sedang mengesat air mata dengan kata-kata engkau yang menikam dada aku.
Aku mati setiap kali engkau lemparkan kata.
No comments:
Post a Comment