Saturday, April 27, 2013

Kesal.

Menyesal tu serupa gelas yang dah pecah, dan kau mampu tengok tanpa buat apa-apa. Dah pecah, kalau kau kutip sekali pun, gelas tu tak mungkin jadi gelas yang bercantum macam dulu.

Atau, kau tong sampahkan gelas tu. Kita ke Giant dan beli set gelas yang baru. 6 biji gelas yang baru.

Pilihan ada pada kau.


Friday, April 12, 2013

90 hari.

90 hari. Banyak sangat yang boleh 'relate' bila tengok telemovie ni.From the start till the end. You guys should watch it too. I have encountered this situations before, put a trust over someone and suddenly it was crushed, lost somebody, and maybe a bit hopeless just like Bani felt. Nevertheless, life doesn't stop there. It keeps going, and you becoming to accept the fact. It's hard. It is never easy and perhaps never would be. But on top of all, if you believe it's worth in your life, take a shot, my dear.

Thursday, April 11, 2013

langit vanilla.

Asalnya, dari balik hari tu memang teringin nak mencari langit vanilla. Tapi biasalah, sibuk mengalahkan menteri. Tak tercari-cari. Sayangnya. Memang tahu, setiap yang wani ardy tulis selalunya kena. Kena dengan situasi, rasa, dan cara-cara bertindak. Eh. Hehe.

Semoga kita semua terus kuat-kuat saja.
Macam wani ardy, mungkin?





Monday, April 8, 2013

dejavu

nota kecil : baca sambil dengar dejavu, shahanshah.

Sebulan dua yang akan mendatang, rasanya makin kerap jari-jari ni menulis. Oh, biasalah tipikal, hati sedang rabak, koyak, gelap, berderai jatuh ke lantai.

Kalau ikutkan secara logik akal, apalah ada sangat dengan hati ni. Bukan sebelum ini tak pernah pun dirabak dan dikoyak. Betullah tu. Cuma sekali ini, harapan yang menggunung dah diletakkan pada si pengoyak hati. Sampaikan hati dia. Harapan yang tinggi-tinggi tenggelam di sebalik bah.

Dan sekali ini, si pengoyak hati itu terus menerus mengoyak hati tanpa belas, dalam diam. Sedih. Kenapa awak tergamak kejam sangat? Boleh kan, koyak tapi secara berhemah. Kita bukan kanak-kanak yang tak tahu apa baik buruknya. Kita dewasa sudah. Hitung segala hal secara dewasalah. Itulah yang paling saya kesalkan. Awak tak matang.

Ya, memang bengkak mata, tapi bengkak lagi hati saya.


Saya tak mampu mendoakan yang baik-baik untuk awak. Saya bukan malaikat, manusia alim. Tak mampu juga mendoakan yang buruk. Mana ada orang berdoa untuk perkara buruk.



Saturday, April 6, 2013

#28

Kalau berikan hati pada manusia, memang jadinya beginilah. Sudahlah direntap secara paksa. Dah diambil, tak reti menjaga pulak.

Harap-harap hati engkau pun direntap juga nanti. Baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

Friday, April 5, 2013

Manusia kejam

Haih. Letih membuang air mata semalam. Nak buat lagu mana, hati yang sekeping ni tak segagah yang disangka. Berita dari pagi meleret sehingga ke malam. Dalam hati segala sumpah seranah sudah di petala ketujuh. Sungguh, ini cerita tentang manusia yang kejam. Manusia yang senang-senang pijak hati. Manusia yang tak reti mendidik diri menjadi yang jujur. Manusia yang mungkin rasa, ah bukan hati aku maka sesuka mana pun lah aku mahu kerjakan. Sini, aku khabarkan. Tahniah, berjaya letakkan hati di pelosok paling bawah sekali. Moga, nanti benda yang sama tak jadi pada diri kau. Atau bila sudah jadi, maka ingat aku pernah rasa benda yang sama.

Aku harap aku tak ketemu manusia kejam seperti kau lagi. Serik.

Thursday, April 4, 2013

#27

Gelap, hitam, lekat.
Nyah kau dari pandangan aku.
Peluh mencurah, hati berlari laju,
Tubuh dirangkul erat.

Sekali gelap, ini yang aku rasa.
Pengecut.
Sekali gelap, aku hilang arah.
Baru sekali Tuhan menarik nikmat cerah,
Aku gelabah serupa hilang arah.

Sedang gelap itu, fasa yang kau akan temui nanti,
Berkali aku ingatkan diri.
Mati dan gelap itu serupa bukan?