Saturday, December 31, 2011

2011, yang terakhir

aku jenis yang selalu ingat,
ada juga alpa, sekali-sekala,
oh, kau yang sapa aku 364 hari lalu,
hampanya aku dengan celaka waktu sebelum, maka aku kenal kau,
ya, januari musim salju.

aku orangnya angan tinggi sangat,
jatuh sakit alah tegal biasa (padahal sakitnya aku yang tanggung, bisa!)
aku jumpa kau, kita dengarkan angan aku,
aku susun,olah dan tambah apa yang perlu,
dan sungguh februari itu paling indah setakat ini.

Winter daffodils

mac itu masih lagi indah, revolusi dan resolusi,
aku rakam waktu ini dengan kau, banyak sangat,
ya, kerana aku orang yang bercinta dengan memori,
klasik,
seru aku, aku sayang kaulah.


Vintage Camera
sumber potret

ah,manusia alpa serupa aku,
sudah terhantuk baru tengadah,
aku dan kau,april,
ya, aku salahkan diri aku daripada kau,
aku meraba mencari 30 hari yang kau bingkaikan.

aku ingat jumpa kau waktu ini,
kau ingatkan aku waktu tak pernah menunggu,
aku diam,
kalau boleh aku ingin saja kekal di waktu ini,
kau senyum, mei tak akan menunggu.

waktu aku sakit, luka dan parah,
jun itu tidak aku salahkan,
kerana ini kisah untuk akan datang,
harapan aku cuma lekaslah kau pergi,
tapi aku bukan membenci.

mesin waktu kejam, aku jumpa kau,
tapi aku tak mesra,
aku rindukan masa depan,
kerja gila, tutur kau,
tak kenal maka tak cinta, itu julai yang naif sangat,
maaf,aku luahkan untuk kau.

agustus itu, kau khabarkan gembira,
ya, aku manusia paling bertuah,
untuk aku,
untuk mereka, aku titipkan doa,
Terima kasih Tuhan.


Portrait / Woman / Person
sumber potret

mungkin dan mungkin, aku senantiasa perlu diingatkan,
nostalgia,
aku sayang kau sangatlah,
kerana kau,september
aku bercinta 30 hari dengan orang-orang tersayang.

oktober, aku pulang,
padang luas, tempat aku tenggelam,
ya, tempat jatuh bangun,
kau di situ, aku melangkah,
mungkin aku perlu kejar kau.

aku terlambat,
bila aku pegang, rupanya asap,
tapi dingin sangat,
macam kau lah,
november yang aku tertinggalkan.

disember ini, tanda waktu aku dan kau,
yang terakhir,
tak akan dapat di mana-mana,
tak boleh ditukar ganti, dijual beli,
walau awalnya indah, tengahnya perit,
akhirnya, aku tetap akan rindukan kau.

dan semuanya, awal dan hujung,
aku kemaskan dalam perakam waktu,
2011, yang terakhir

Friday, December 30, 2011

pecahkan ais

Aku suka menulis dan selalunya tulisan aku berbaurkan kesedihan. Setiap satu yang aku ukir, biasanya mengalir laju waktu aku dilanda bah perasaan. Ironi. Manusia, memang mudah lupa diri. Ingat Tuhan ketika sakit. Tak sakit, libur. Itu biasa. Oh, dan selalunya tulisan-tulisan aku bersepah merata, di celah buku, di warkah contengan, mana-mana saja. Tulisan aku tak pernah berbuku, tidak pernah mengikut urutan, dan tidak juga selalu habis. Ini hari aku semangat memahat tulisan, esoknya terkubur. Aku tak pernah konsisten. Turun dan naik, selalu juga di tengah-tengah. Ambil jalan tengah, jalan mudah.

Waktu purba, aku pernah inginkan buku tertulis nama aku. Bukan yang kau tulis sendiri nama atasnya tapi kau yang menulis isi buku lalu seluruh dunia melihat. Impian dan angan-angan mana akan kesampaian kalau aku sendiri punya semangat selalu tenggelam timbul.

Dan, atas sebab itu aku mencuba lagi, untuk puaskan nafsu sendiri, maka aku susunkan puisi-puisi sayang dan cinta di dunia maya ini sekali lagi, supaya aku tak gagal. Aku tinggalkan kamu semua dengan kisah-kisah perjalanan kehidupan di sekeliling aku. Insyaallah, kalau Tuhan izinkan, aku akan menulis lagi.


cubaan entah keberapa kali

impian, kisah kita dan sesuatu yang aku sayang

 Selimut yang membaluti tubuh, aku eratkan lagi. Hari ini masih seperti semalam, redup. Masih lagi penuh kecelakaan, kalau bahasa 'indahnya'. Aku sedang bertatih sarkastik, kerana bagi aku, terasa dekat.

Aku masih memandang dia. Dia yang aku sayang. Sesuatu. Penakut. Mungkin esok dan hari seterusnya, dia bukan aku yang punya. Lagi, dunia bukannya kekal. Seperti debu yang tak kelihatan.

Aku senyum seraya melihat cerita mereka. Setiap baris kata aku ratah. Bagaimana ya, mengabadikan kisah kita untuk masa akan datang? Aku sudah hilang cinta melakar. Ada. Tapi mungkin tidak sepantas dulu. Hilang di sebalik masa yang berdetik.

Mungkin, mungkin aku sedang mengeluh. Jangan, kau juga begitu. Kita tak pernah sempurna pun kan?