Friday, December 30, 2011

impian, kisah kita dan sesuatu yang aku sayang

 Selimut yang membaluti tubuh, aku eratkan lagi. Hari ini masih seperti semalam, redup. Masih lagi penuh kecelakaan, kalau bahasa 'indahnya'. Aku sedang bertatih sarkastik, kerana bagi aku, terasa dekat.

Aku masih memandang dia. Dia yang aku sayang. Sesuatu. Penakut. Mungkin esok dan hari seterusnya, dia bukan aku yang punya. Lagi, dunia bukannya kekal. Seperti debu yang tak kelihatan.

Aku senyum seraya melihat cerita mereka. Setiap baris kata aku ratah. Bagaimana ya, mengabadikan kisah kita untuk masa akan datang? Aku sudah hilang cinta melakar. Ada. Tapi mungkin tidak sepantas dulu. Hilang di sebalik masa yang berdetik.

Mungkin, mungkin aku sedang mengeluh. Jangan, kau juga begitu. Kita tak pernah sempurna pun kan?


No comments:

Post a Comment