Monday, July 2, 2012

kuat

Bila terlalu meletakkan harapan pada manusia. Sakitnya tak terperi. Cuba sedaya letakkan pada Tuhan.

Kerana pada manusia ada dinding ego yang tingginya amat. Mahu runtuhkan? Cubalah. Boleh tapi memakan masa.

Dua tiga hari, ruang benak aku direnangi anasir-anasir. Tentang umur yang kian bertambah, tentang hidup yang belum bermula, tentang mereka-mereka yang aku sayang, tentang aku yang semakin penat.

Memang tak semua pun mudah, itu aku tahu. Manusia goyah seperti aku, dilanda bah sekali hanyut entah ke mana.

Semua serba tidak kena, mata meratah nota-nota, fikiran terbang, hati sekejap-sekejap berlagu, kemudian bisu.

*breathe in breathe out*

Sedang cuba melakukan 'surgery' anasir-anasir.

Doakan semuanya selamat.


No comments:

Post a Comment