tak pernah kesah akan kehilangan,
kerana tak pernah memiliki pun pada awalnya,
datang dan pergi,
serupa siang dan malam,
tak pernah kekal,
kerana ciptaan Tuhan hanya kekal di sana nanti,
untuk apa semua rasa yang tidak enak,
semuanya pun bersifat sementara,
buang jauh-jauh rasa itu,
kita serupa bermula semula,
kerana apa adanya hari ini,
bakal hilang esoknya.
untuk kita semua, perayau.
No comments:
Post a Comment