Wednesday, June 19, 2013

Surat untuk Rangga

Secawan kafein, sedikit pemanis, dan senaskhah buku nipis buat peneman. Sempurna.

Wahai Rangga,
Sini aku khabarkan,
Temukan aku di ruang yang penuh dengan puluhan sajak,
Aku ada.

Wahai Rangga,
Tahukah dikau, saat mata aku berkaca,
Tulislah tulisan tulus dari hati kau,
Itu cukup.

Wahai Rangga,
Nanti bilamana hati engkau sudah pada aku,
Kau harus ingat,
Aku biasa-biasa,
Aku tak punya apa yang mereka ada,
Kau harus tahu, itu.

Wahai Rangga,
Aku percaya pada selamanya,
Aku harap,
Kau juga begitu.

Pemuja Rangga.

Monday, June 17, 2013

cinta jangan pergi


Bila timbul soal cinta, mahu tak mahu tak ada istilah betul dan salah. Eh Lea salah, eh Khalil salah. Percayalah, hati memang selalu buta dalam membuat keputusan. Cumanya cara Lea itu salah. Cara Khalil pun salah. You can always go and confront a person about your feelings daripada membisu dan membuat telahan sendiri. It's bad.

Lea, tak sepatutnya 'keep everything in dark' daripada Hud. She should tell him the truth. Soal hati, tak banyak, sikit mesti akan sakit. Tapi lebih baik sakit awal, daripada Hud sendiri found out the truth. Been there. It took a whole lot of time to heal. And eventually you didn't know whether it's healed or not.

Tak siapa pun paksa untuk jatuh cinta.

Tapi, jaga-jaga bila jatuh.

Sakitnya, abadi.





Sunday, June 9, 2013

#29

Why do I fake a smile?

It's the easiest things to do.

Monday, May 27, 2013

abstrak

Terfaktab ada buku baru,menarik!

Abstrak


 Aku manusia. Kau manusia. Yang membezakan antara kita ialah sifat dan amalan kita. Aku tak pernah salahkan kekejaman yang kau lakukan. Aku tidak berniat hendak mengungkit, tetapi aku mengalami tekanan perasaan yang teruk atas perbuatan kau selama ini terhadap aku. Jadi, aku cuma harap suatu hari nanti Tuhan beri peringatan atas perbuatan kau selama ini berbuat buruk terhadap aku yang ikhlas mencintai kau sehingga buat aku terkorban.

Wednesday, May 22, 2013

Demi masa.

Mengadu domba pada abah. Kemudian abah suruh baca surah ni. Ya, kadang-kadang kita memang perlu diingatkan.

Saturday, May 18, 2013

Define.

They said ; This is love, eternal.

I said ; Let's grow old together.

Saturday, May 4, 2013

Pergi

Baju, tudung, seluar semua cukup. Semuanya campakkan ke dalam peti beg. Tinggal lagi, kudapan ringan buat lapik perut nanti. Oh, halwa telinga juga perlu dikemas kini. Mahu kebosanan melanda kalau tak punya yang satu itu. Buku-buku buat mata aku meratah nanti juga dah disebelahkan.

Doakan aku selamat pergi dan pulang.

Yang paling penting, aku pergi membawa hati. Itu yang agenda utamanya.

Hati, hati-hati.

Pesan diri.