Friday, June 1, 2012

tolong sampaikan

aku sedang membungkus hati kemas-kemas,
nah, aku mahu terbangkan hati pulang ke tempat asalnya,
tempat mulanya dia terjatuh,
terjatuh dan bergetar seluruh rasa,
redup dan dingin,
dan terkadang terik,
aku masih mampu,
sekiranya hati yang aku kirimkan dipulangkan kembali,
itu ertinya,
aku telah mencuba sekurangnya,
membawa hati ke tempat asalnya.


No comments:

Post a Comment